Search This Blog

Seni Khat


Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). 

Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. inspirasi dari model khat lain.  Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani, nama kitab atau buku.

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Khat Diwani

  • Diwani membawa erti catatan atau antologi karangan. Digunakan secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.





Khat Diwani Jali 

  • Jika dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya, rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya. 

  • Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.

  • Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.

  • Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah karya.

  • Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.








Khat Raihani

  • Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. Khat Raihani merupakan perpaduan antara Khat Thuluth dan Khat Nasakh yang di kembangkan oleh para ahli kaligrafi pada masa kerajaan Usmaniah. Khat Raihani lazim digunakan untuk penulisan ijazah oleh seorang guru kaligrafi kepada muridnya, oleh kerana itu Khat Raihani disebut juga Khat ijazah.
  • Pencipta gaya khat ini adalah pakar kaligrafi besar Ali Ibnu Hilal atau Ibnu Bawab, namun berhubungan erat dengan Ali Ibnu Al-Ubaidah Al-Raihan (w 834 M), bersempana dengan itu ia dinamakan Khat Raihani. Terdapat juga sumber lain mengatakan nama Raihani adalah dari kata Raihan yang bererti ( harum semerbak ) kerana keindahan dan popularitinya.
  • Menurut Hashim Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawa’id al-Khatti li al-Araby bahawa  menulis kaligrafi dengan gaya Raihani sangat mengasyikkan dan menarik. Kerana tulisan ini lebih sederhana, tidak terdapat tulisan yang menumpuk, fleksibel, elastik mudah untuk dibentuk sesuai dengan tempat tanpa mengorbankan keasliannya.
  • Jenis Khat ini menjadi lebih menarik, indah dan mempesona apabila dihasilkah oleh seorang seniman naturalis. Tulisan ini dibuat lebih menyerupai benda-benda seperti buah-buahan, perahu, hewan, gelas ataupun tumbuhan. Dan bentuk tulisan inilah yang merupakan hasil karya seni paling indah dalam perkembangan seni Islam khsusnya dalam bidang kaligrafi Arab.











No comments:

Post a Comment