Search This Blog

SENI ISLAM


Bendera-bendera negara Islam


  • Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."


  • Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni.


  • Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada elemen-elemen figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan.


  • Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Tiada pemisahan antara seni dan agama. Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina dan seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan insan yang hampir kepada Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah.

No comments:

Post a Comment