Search This Blog

Falsafah Seni India


  • Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Dikenali sebagai astika darshana.


  • Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2 SM. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha), Inferens (anumana), Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda)

  • Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Pengasas aliran ini ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Semua benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi, air, api dan udara. Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala (masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma (jiwa ).

  • Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal. Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang sempurna. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti (jirim), sebab dan akibat. Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva, Rajas dan Tamas

  • Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup. Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera, minda, intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha.

  • Mimansa bererti siasatan. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. Kepentingan – sistem tafsiran Veda.

  • Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa. Pelopor ialah Badarayana yang mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra. Teks asas ialah karya-karya Upanishad, Brahma Sutra dan Bhagavad Gita. Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara. Dua aliran utama iaitu Advai ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. Aliran Ramanuja disebut Vis is tadvaita- Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita- Vedanta.

  • Ahimsa – terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak daripada melakukan kekejaman atau mencederakan. Satya – kebenaran. Pengetahuan benar yg  merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yg benar,ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

  • Perpaduan – masyarakat dari pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.




No comments:

Post a Comment