Search This Blog

SENI JEPUN



BENDERA NEGARA JEPUN

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan mempunyai alam semulajadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai satu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial.



PETA NEGARA JEPUN
Rakyat jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan.

Aspek yang lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan. Misalnya, keindahan alam semulajadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun.




Masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (nippon) dalam bahasa Jepun yang membawa maksd asal matahari iaitu matahari terbit.

Jepun atau Nihon/Nippon dalam Bahasa Jepun juga dikenali sebagai Tanah Matahati Terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato, Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh tokoh-tokoh Jepun. Orang-orang Korea yang telah ramai dating ke Jepun pada awal abad ke-7. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji dan Taisho. Selepas perang dunia kedua, Nihon sebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada Jepun.































No comments:

Post a Comment